Rumah berbau hangit

Tengah sedap-sedap berehat, tiba-tiba terbau hangit. pernah tak ada pengalaman ni?Pasti perkara pertama yang kita check ialah cepat-cepat pergi ke dapur, nak check kut-kut lupa nak tutup api dapur gas.


Dapur gas dah tutup. Dari mana ya bau hangit ni? Tengok luar rumah mana tau jiran tengah bakar sampah ke.. Dekat taman perumahan mana ada orang bakar sampah. nak kena saman dengan perbandaran, boleh lah buat.

Dalam banyak-banyak benda yang kita check, kita lupa DB elektrik -salah satu benda yang penting dalam rumah kita juga boleh buat rumah bau hangit. 

Nak check macamana ya.. kang pergi dekat DB meletup pulak dia, tak pun dengan kita-kita keras kat situ kang.... itulah yang kita selalu fikir bila sebut pasal elektrik.

Sebenarnya elektrik ni tak merbahaya dan tak mati pun kita. dengan syarat kita ada ilmu. 
'Saya umur dah 60 tahun ni, takkan nak kena masuk kelas belajar lagi tuan'... 

Hahaha...

Tuan tak perlu masuk kelas belajar balik pun. Buka je Internet, taip lah apa-apa yang kita nak tahu. nanti keluar dia. Bolehlah jadikan panduan atau guide untuk kita buat sendiri. 

Panjang pulok intro diatas...sambil-sambil membaca tu, jangan lah kecam dan sumpah seranah saya lah ya... (Bila dah lama sangat tak menulis, macam ni lah jadinya). huhuhu. 

Jom balik semula ke tajuk diatas...

Macamana nak check?

-Pergi kat DB Board
DB board. Ada juga yang jenis besar


kalau ada asap keluar dari DB. 
Tutup semua semua lampu, kipas, aircond, water heater, aircond dan lain-lain

Trip kan butang ELCB ( Jika takut, gunakan batang penyapu plastik atau kayu)

ELCB






Pegi dekat meter TNB. Cabut fius TNB. Masukkan dalam poket dan bawa bersama

Antara jenis-jenis fius TNB







Pegi dekat DB board semula, buka 2 skru penutup DB board

Bila dah buka penutup DB board. Macam ni lah rupanya.


Check guna mata atau bahasa stadardnya visual inspection... perhatikan dengan teliti semua  kabel, aksesori dalam db seperti main suis, elcb, mcb, kotak db kalau-kalau ada kesan terbakar atau kesan hangus atau hitam 
Contoh main suis yang hitam dan hangus









Jika ada kesan terbakar, hangus, hitam pada kabel  Contohnya kabel pada elcb. Itu bermakna skru kabel  di elcb itu loose/longgar.
Kesan kabel terbakar dan hangus. Kompem satu rumah bau hangit kalau dah macam ni..huhuhu


Cara baikinya...
Cuba buka skru elcb tu. Dah buka skru,  potong kabel yg hangus/hitam/ terbakar. Lepas tu pasang balik.ikat ketat-ketat. (Sekadar kabel dah tak gerak... Jangan guna tenaga hulk hogan pula ya masa ketat kan tu. Loose pulak bunga skru tu kang...huhuhu).
Jika skru elcb tak boleh buka/ jammed ke... Potong je kabel area terbakar  tu. Buka elcb dan tukar  elcb baru.
SELEPAS KABEL DIPOTONG DAN PENDEK TAK BOLEH PASANG DI ELCB.  KENA SAMBUNG KABEL TERSEBUT DENGAN KABEL YANG SAMA SAIZ DENGAN YANG ASAL MENGGUNAKAN KABEL LINK.
Cable link

Jika tiada kesan terbakar, hangus ataupun hitam,  kebiasaannya skru longgar pada main suis, elcb, mcb-mcb, terminal neutral.

Cara baikinya....
Ketatkan semua nut pada main suis, elcb, macb-mcb, terminal neutral, terminal earthing pun ketat kan lah sekali walau dia tiada dalam cerita ni. Jangan malas, hahaha

Itu saja lah sebab- sebab kenapa DB bau hangit. 
1-kabel longgar
2-skru loose

Lepas ni tak payah lah panggil orang betulkan kalau ada masalah ni.  Buat sendiri pun boleh...kena upgrade sikit je rasa takut tu...huhuhu

Itu saja lah entry kali ni selepas bertahun tak buat entry baru.. 

Jika perlukan nasihat dan bantuan elektrik, wasap atau telefon je di 017-6704207. nanti saya guidekan cara menyelesaikannya....


Assalamualaikum  warahmatullahiwabaratuh...












Ulasan