KAEDAH UNTUK CARI MASALAH TRIP WALAUPUN SEMUA MCB DAH OFF DAN LOAD DITANGGALKAN


DB single phase dan aksesori



Masalah ini kebiasaan nya adalah berpunca daripada kabel neutral yang sudah short dengan kabel bumi. Ia berlaku kerana beberapa sebab:-



1-Looping yang terlalu banyak. Contohnya 5 biji plug keatas untuk satu 
litar soket 13A
2-Overload
3-Wiring yang salah
4-Tidak ikut spec wiring 
5-Load. Contohnya fitting lampu, 3 core kabel ke peti sejuk short dengan kabel bumi

Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk selesaikan masalah ini:-

1-Guna multimeter/ insulation tester
*Kaedah ini lebih praktikal digunakan kerana:-
-Dapat trace kabel dengan cepat
-Jimatkan masa
-Tidak berlaku salah kabel

2-Guna kaedah biasa.

-Buka semua kabel neutral pada terminalnya dan touch kan satu demi satu kabel dekat terminal neutral hingga ELCB jatuh/trip. Bila ELCB trip, maka kita boleh consider kabel tersebut short dengan kabel earth

*Kaedah ini tidak digalakkan kerana:-

-rugikan masa trace satu-satu kabel dan perlu menunggu waktu yang lama untuk lihat ELCB trip.
-kemungkinan ELCB tidak trip, walaupun semua kabel neutral sudah di touch kan dekat terminal neutral. Jika kerosakan kabel neutral dan earth sudah serius, maka ELCB akan terus trip. Tapi jika kabel neutral dan kabel earth baru mencapai 30 peratus kerosakan, maka ELCB tidak akan trip.





Terminal Neutral- Tempat sambungan kabel hitam
Terminal Earth-Tempat sambungan kabel earth

-Jika tidak yakin/ tidak berpengalaman/ tiada meter tester. Mintalah  bantuan mana-mana wireman kompetent yang anda kenali untuk check dan rectify masalah

*Semua perkara yang berlaku diatas perlulah diperiksa dan dibaiki dengan segera untuk mengelakkan masalah yang lebih besar. 

Jika cuba nak buat sendiri tapi tak memahami penyampaian saya diatas, boleh lah wasap atau telefon saya di 017-6704207 nanti saya guide kan melalui telefon.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...


Ulasan