ELEKTRIK ADA TAPI MACAM TAK CUKUP, LAMPU BERKELIP, BILA PAKAI PLUG BANYAK TAK BERFUNGSI

MASALAH :-ELEKTRIK ADA TAPI MACAM TAK CUKUP, SESETENGAH LAMPU BERKELIP, LAMPU PETI SEJUK PUN BERKELIP BILA PAKAI PLUG BANYAK TAK BERFUNGSI, MACAM ELEKTRIK SEDIKIT JE....
Link-https://web.facebook.com/elektrikselangorKL/

Kami menerima panggilan dari seseorang, dia beritahu masalah elektrik rumahnya seperti diatas.


Maka kami pun dengan penuh semangat pergilah kerumahnya kerana kami boleh menjangka kan masalah dan cara solusinya.


Disini saya kongsikan dulu maklumat DB rumah tersebut

1-Supply 3 phase

2-Main suis 3 pole 63A (3 pole senangnya tengok pada lubang skru. 

Jika ada 3 lubang, maka ia adalah 3 pole)



Contoh main suis yang banyak dipakai abad ini. Namanya MCB 3pole.

Main suis ini berkadaran atau arus yang boleh masuk ke main suis ini setakat 32A.

Macamana nak tahu 32A ni?, Ke main teka je...
Cuba anda tengok pada nameplate nya ada tulis C32. 32 bermaksud 32A dan C pula adalah typenya
*Untuk rumah kediaman dan ofis, perlu pakai 40A atau 63A




3-RCCB 100A, 4pole, 0.3mA- kami cadangkan kepada pemilik rumah, bila RCCB ini rosak. Tukarlah ia kepada 63A, 4pole,0.3mA . kerana apa, kerana main suisnya hanyalah berkadaran arus 63A sahaja

4-MCB-MCB

Contoh ELCB 100A
4P   100/0.3
@
4pole ( ada 4 lubang skru )
100A
0.3mA sensitivity atau arus bocor kebumi










atau lebih tepat, anda tengok sendirilah DB nya


trip, blackout, api tak cukup, elektrik tak cukup, TNB, blackout,


Berbalik pada cerita kita...........

Antara penyebab yang biasa terjadi untuk perkara diatas-ELEKTRIK TAK CUKUP (base pada masalah-masalah elektrik yang telah kami check dan kami selesaikan sebelum ini);-

Pada DB board samada single phase atau 3 phase
1-neutral tak ketat samada pada ELCB/RCCB atau terminal neutral

2-fius main suis longgar (untuk main suis lama yang pakai fius sahaja)

3-main suis rosak (contact dalam main suis dan rosak, dah banyak sparking dan tahi sparking melekat pada contact )

4-ELCB/ RCCB rosak (contact dalam main suis dan rosak, dah banyak sparking dan tahi sparking melekat pada contact )

5-Kabel incoming dari meter TNB ke DB dalam rumah separuh putus

Meter TNB
1-Neutral link longgar

3-fius cutout TNB longgar

3-Termination pada meter TNB longgar samada pada phasenya atau neutral

Solusi untuk perkara diatas, nanti saya kongsikan sekali dibawah ini. Cuma, anda kena baca dulu cerita ni sampai habis.

RUPANYA-RUPANYA JANGKAAN KAMI SILAP............ 

Perlukan bantuan memeriksa elektrik? Telefon/ wasap kami di 011-3218 8836 (jarang online jika tanya dalam internet)

Jom kita cuba solve masalah ni
1-First kami buka DB dan check supply menggunakan test pen untuk semua phase- ok, semua phase ada api

2-Check lampu, plug daripada phase mana.
----off kan semua MCB pada satu phase sahaja dan pergi tengok lampu dan plug yang tak cukup api tadi.
----Jika masih ada  elektrik, on balik semula MCB tadi dan off kan pula semua MCB dari Phase lain pula
------Jika dah tak ada elektrik, maka kita boleh katakan lampu dan plug daripada phase tersebut.
------Disini kami check, ia daripada phase merah

3- Selepas dah dapat trace phase mana,  kita check pula voltage menggunakan tong test @ clamp meter. Voltage nya adalah seperti dibawah:-

Voltage yang diambil sebelum repair

R - Y = 355V
R - B = 438V
Y - B = 434V
R - N = 232V
Y - N = 260V
B - N = 263V

Jom... kita tengok spec. voltagenya dibawah ni..

Spec. Suruhanjaya Tenaga ( S.T )-VOLTAGE MINIMA
jatuh 5% dari voltage 240V @ 415= maka ia dipanggil voltage drop
Voltage minima untuk rumah/ofis
240V x 5 bahagi 100 = ( 12-240V ) = 228V
415V x 5 bahagi 100 = ( 20.75-415V ) = 394.25V

Spec. Suruhanjaya Tenaga ( S.T )-VOLTAGE MAKSIMA
Naik 10% dari voltage 240V @ 415= maka ia dipanggil high voltage
Voltage maksima untuk rumah/ofis
240V x 10 bahagi 100 = ( 24+240V ) = 264V
415V x 10 bahagi 100 = ( 41.5+415V ) = 456.5V

Spec. TNB ( maklumat diambil dari staff TNB yang datang repair/ replace  black box TNB pada tiang elektrik )-VOLTAGE MINIMA 
Jatuh 6% dari voltage 240V @ 415, maka ia dipanggil voltage drop
Voltage minima untuk rumah/ofis
240V x 6 bahagi 100 = ( 14.4-240V ) = 225.6V
415V x 6 bahagi 100 = ( 24.9-415V ) = 390.1V

Spec. TNB ( maklumat diambil dari staff TNB yang datang repair/ replace  black box TNB pada tiang elektrik )-VOLTAGE MAKSIMA
Naik 10% dari voltage 240V @ 415, maka ia dipanggil high voltage
Voltage maksima untuk rumah/ofis
240V x 10 bahagi 100 = ( 24+240V ) = 264V
415V x 10 bahagi 100 = ( 41.5+415V ) = 456.5V

Jom, cuba kita tengok cukup tak cukup api nya..........

Voltage yang diambil sebelum repair
R - Y = 355V
R - B = 438V
Y - B = 434V
R - N = 232V
Y - N = 260V
B - N = 263V

Kita ambil pengiraan TNB berkenaan voltage minima dan voltage maksima dan bandingkan dengan voltage diatas

VOLTAGE MINIMA
240V x 6 bahagi 100 = ( 14.4-240V ) = 225.6V (UNTUK SINGLE PHASE )
415V x 6 bahagi 100 = ( 24.9-415V ) = 390.1V ( UNTUK 3 PHASE)

VOLTAGE MAKSIMA

240V x 10 bahagi 100 = ( 24+240V ) = 264V  (UNTUK SINGLE PHASE )
415V x 10 bahagi 100 = ( 41.5+415V ) = 456.5V ( UNTUK 3 PHASE)

Mari kita tengok betul ke tak, elektrik tak cukup................

3PHASE
R - Y = 355V, voltage drop kerana voltage mestilah lebih dari 390.1V
R - B = 438V, voltage normal kerana  voltage minima 390.1V
Y - B = 434V, Voltage normal kerana  voltage minima 390.1V

SINGLE PHASE
R - N = 232V, voltage normal kerana  voltage minima 225.6V
Y - N = 260V, voltage normal kerana  voltage minima 225.6V dan kurang dari voltage maksima
B - N = 263V, voltage normal kerana  voltage minima 225.6V dan kurang dari voltage maksima

Voltage yang normal
Single phase ( 225.6V - 264V )
3 phase ( 390.1V - 456.5V )


Jangan gopoh panggil TNB lagi, walau dan dapat trace masalahnya. Ini baru permulaan. check dulu kita punya site. 
1-Incoming kabel putus ke tak. ( dari Meter ke DB dalam rumah ) 
---Check continuity kabel menggunakan meter untuk :-
kabel Red - ok
kabel Yellow - ok
Kabel Blue - ok
kabel Neutral@ hitam - ok

2-Outgoing pada meter TNB (sebenarnya ini site TNB, tapi kita tolong lah dia check )

Semua ok, Jangan panggil lagi TNB.
Cuba double check sekali lagi dengan meter dan conformkan Voltage pada cutout dan meter TNB.
Dibawah ini bacaan yang kami ambil dari rumah tersebut:-

Buka fius pada cutout TNB
check bacaan pada incoming cutout/ supply dari tiang
R - Y = 409V voltage normal
R - B = 432V voltage normal
Y - B = 435V voltage normal

R - N = 243V voltage normal
Y - N = 248V voltage normal 
B - N = 250V voltage normal

ehhh....ok pulak voltage nya...............macamana ni...........

Sekarang----
Pasang balik cutout TNB dan check sekali lagi readingnya pada incoming meter TNB ( dekat skru ikatan kabel pada meter. Readingnya seperti berikut:-
R - Y = 350V, Voltage drop
R - B = 438V, Voltage normal
Y - B = 434V, Voltage normal

R - N = 228V, Voltage normal
Y - N = 258V, Voltage normal
B - N = 262V, Voltage normal

Kenapa boleh jadi begini??? bila tak pasang fius ok, pasang fius je, terus voltage drop. Jawapan nya kerana adanya load samada kemeter @ load dalam rumah


elektrik tak cukup, DB trip, masalah wiring, TNB blackout, lampu berkelip, plug tak cukup api
elektrik tak cukup, DB trip, masalah wiring, TNB blackout, lampu berkelip, plug tak cukup api

Barulah boleh panggil TNB untuk repair atau increase kan voltage pada phase merah.

Macamana nak panggil. Telefon je 15454 dah ikut instruction nya. nanti TNB akan hantar team untuk repair dan repair/ increase kan kita punya voltage

Lebih kurang 30 minit selepas telefon. Team TNB sampai. (Jika mereka tak sampai lagi, mungkin kami dah balik ). Boleh lihat gambar dibawah ini pasukan profesional ini bekerja.

DB trip, elektrik tak cukup, kontraktor TNB, TNB blackout
 DB trip, elektrik tak cukup, kontraktor TNB, TNB blackout


DB trip, elektrik tak cukup, kontraktor TNB, TNB blackout

Satu pasukan Profesional. 
Lengkap dengan PPE 
( Personal Protection Equipment ) dan team work














Sebab-sebab rumah ni tak cukup elektrik
-Skru pada cutout TNB dekat tiang elektrik loose. Biasanya mereka ketatkan/ 
replace cutout baru

Lain-lain kemungkinan elektrik tak cukup ( pada site TNB ) 
-Tapak fius dalam cutout TNB di tiang elektrik loose. Biasanya  mereka replace cutout baru
-voltage dekat transformer kena naikkan

Voltage yang dicheck selepas TNB tukar, ketatkan kabel pada cutout tiang
*TNB ketatkan satu cutout tiang, dan alang-alang, katanya gantikan terus 2 lagi cutout yang dah nak rosak. jadi bacaan nya adalah:-

elektrik tak cukup, DB trip, masalah wiring, TNB blackout, lampu berkelip, plug tak cukup api
R - Y = 410V, Voltage normal
R - B = 418V, Voltage normal
Y - B = 416V, Voltage normal

R - N = 243V, Voltage normal
Y - N = 247V, Voltage normal
B - N = 248V, Voltage normal

Seperti yang saya janji pada awal pembacaan tadi. Disini saya kongsikan cara solusi untuk perkara diatas:-

Pada DB board samada single phase atau 3 phase
*Jika tak biasa, pakailah leather glove jika nak D.I.Y sendiri

1-neutral tak ketat samada pada ELCB/RCCB atau terminal neutral-  Solusinya ketatkan sahaja

2-fius main suis longgar (untuk main suis lama yang pakai fius sahaja)-solusinya buka dan besarkan plate base fuis dan pasang balik fiusnya

3-main suis rosak (contact dalam main suis dan rosak, dah banyak sparking dan tahi sparking melekat pada contact )-solusi replace baru

4-ELCB/ RCCB rosak (contact dalam main suis dan rosak, dah banyak sparking dan tahi sparking melekat pada contact )-solusi replace ELCB/RCCB baru

5-Kabel incoming dari meter TNB ke DB dalam rumah separuh putus- solusinya kena gantikan kabel baru

Meter TNB
*Jika tak biasa, pakailah leather glove jika nak D.I.Y sendiri

1-Neutral link longgar-Solusinya ketatkan

3-fius cutout TNB longgar- Solusinya ketatkan

3-Termination pada meter TNB longgar samada pada phasenya atau neutral-Solusinya ketatkan

*Semua perkara yang berlaku diatas perlulah diperiksa dan dibaiki dengan segera untuk mengelakkan masalah yang lebih besar. 

Jika cuba nak buat sendiri tapi tak memahami penyampaian saya diatas, boleh lah wasap atau telefon saya di 017-6704207 nanti saya guide kan melalui telefon.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...











Ulasan

Unknown berkata…
Bos,runah saya berkelip..main suis lma guna fius..fius mmng brmasalah bos..SESB dh tukar..tp sy tgk dlam main suis tu,4 wayar neutral dan 2 je wayar live..apa mcm SESB ni wayering..sekurang-kurangnya 3 luve kn klw 4 neutral..dh bgtau SESB,dia kata stabil,tk jadi mslah..rmah aku dh lh bnyk suis dan soket..rosak nma SESB klw wayering asal2 tw dri teori je tp tk tahu mndlam..
Haziq Haidar berkata…
Single phase ke 3 phase?
Unknown berkata…
Assalammualaikumm, Encik di area Klang/Seta Alam/Puncak Alam ke?
Wan berkata…
Tgkt atas rmh saya selalu blackout tapi suis semua ok tak trip. Sy push reset button tak berfungsi, saya on dan off CB pun sama masih blackout. Tapi bila saya ketuk2 CB tiba2 ada letrik balik. Apa masalahnya?
Mad Yan berkata…
Assalammualaikum, encik saya nak bertanya sekiranya application untuk fius adalah 63a tetapi Pihak tnb mengeluarkan 100a adakah Akan berlaku masalah litar Pintas atau cable terbakar? Saya ada Tanya kepada pihak Tnb mereka kata tiada masalah ,betul Ka?
Terima kasih harap boleh bantu
Kasim berkata…
Abg memang terbaik la .. boleh share ilmu mcm ni boleh buat org faham satu per satu .. bnyk manfaat saya dpt . Semoga abg dimurahkan rezeki
Unknown berkata…
Assalamualaikum bos..rumah Sy 1 DB guna 4 lampu 1 kipas untuk ruang tamu Dan dapur .sekarang ni untuk DB tu ja kipas jadi laju slow,lampu jadi kelip² mcm x cukup elektrik..lampu yg guna DB lain semua ok termasuk barang elektrik..adakah masaalah pada DB??
Theo berkata…
230 bang..sumber ST-2008
Amid85 berkata…
Salam tuan ..nak tnya.. 1suiz lmpu yg blh ke nk pkai 8led yg 24wat 1led..tambah 1led strep..untuk siling kapur..dan pkai controler untuk led tersebut...hrap dpt bls..