MCB jatuh, angkat MCB, tiba-tiba trip satu rumah

Baru-baru ni saya dapat panggilan dari seseorang. soalan yang dia tanya pada saya seperti tajuk diatas. 
Maka datang idea untuk saya buat entry baru. Moga-moga dengan adanya entry ni, dapat membantu orang lain yang mengalami masalah yang serupa, 
Jom baca entry dibawah. Saya dah siapkan yang paling ringkas dan mudah difahami cara-cara untuk check sendiri tanpa perlu panggil wireman. 

Apa perlu buat? Nak guna test pen ke...

Sebenarnya tak perlu guna test pen pun.

Pertama sekali, bila jadi masalah diatas:-

-Jangan panik,

-Pergi dekat DB elektrik

-Buka penutup transparent DB (DB baru Plastik) . Bukan buka penutup yang 
putih tu ya





DB board






MCB-Minature Circuit breaker


-Tengok mana satu MCB jatuh. 

-Biarkan MCB jatuh, angkat ELCB. jika ELCB tak trip. 





ELCB-Earth Leakage Circuit Breaker

Sesetengah rumah pakai 

RCCB- Residual Current Circuit Breaker






-Angkat MCB yang jatuh tadi. Jika ELCB trip

-Jatuhkan balik MCB tadi. 

-Tengok pada MCB nilai C berapa, 

-Jika C6-ia untuk lampu dan kipas

-Jika C20-ia untuk plug, water heater, aircond, autogate

-Jika 32-ia untuk aircond







MCB C32











Jika C20 yang jatuh-ia adalah untuk plug, water heater, aircond, autogate

Check semua plug satu rumah mana yang tak berfungsi. 
caranya pasang apa-apa contohnya charger telefon. jika telefon dapat charger, bermakna plug tu bukan dari MCB yang jatuh tadi. Jika telefon tak charge, bermakna plug tu dari MCB yang jatuh tadi. tandakan. check plug lain pula

Check water heater dan aircond. 
Jika ada suis ada lampu, hanya on je suis tu, jika ada api. Maka ia bukan dari MCB yang jatuh tadi
Jika water heater dan aircond direct atau tiada suis. on  remote je water heater dan aircond tersebut. Jika hidup seperti biasa, maka ia bukan dari MCB yang jatuh tadi

Check autogate
Autogate payah sikit nak check, pasal sesetengah autogate pakai bateri. Jika rumah blackout sekalipun, pagar masih boleh buka dengan bantuan bateri tadi
Jika nak check juga-pergi buka penutup control board autogate, cabut wire negatif dan positif pada bateri, cuba buka gate pakai remote. boleh tak?. Jika tak boleh. Maka ia dari MCB yang jatuh tadi

Jadi masalah elektrik trip untuk rumah brader yang telefon saya tadi datangnya daripada plug dapur
Dekat dapur tersebut ada 2 plug dinding- satu plug dinding pakai extension wire yang ada 3 lubang plug dan satu lagi plug dinding pakai extension wire yang ada 4 lubang plug







Plug dinding








cabut semua plug top dari extension wire








Plug top














extension wire dengan 4 lubang plug








Pergi dekat DB

Pastikan ELCB on

Angkat MCB yang jatuh tadi. Jika ELCB trip lagi

Pergi ke dapur, cabut semua extension wire dari 2 plug dinding

Pergi kembali dekat DB 

Pastikan ELCB on

Angkat MCB yang jatuh tadi. ELCB dah tak jatuh lagi. Maka kita boleh simpulkan salah satu atau kedua-dua extension wire yang digunakan telah short.

Pergi balik dekat DB

Jatuhkan MCB 

Pastikan ELCB on

Pasang balik satu sahaja extension pada plug dinding. On sekali ya suis plug tu!!!!!

Sila jangan masukkan plug top pada extension wire ya

Pergi balik dekat DB

Angkat atau on MCB 

Jika ELCB trip, maka extension wire tersebut telah rosak. sila buang extension tersebut dan jangan gunakan lagi

ulangi untuk extension wire satu lagi. Jika ELCB tak trip, maka ia boleh digunakan kembali



P/S:- 
Jika masih tidak memahami langkah-langkap diatas, boleh lah wasap atau telefon saya di 017-6704207 nanti saya guide kan melalui telefon.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
















Ulasan