Apa nak buat kalau rumah trip?

Seringkali kita bila berehat bersama anak dan isteri dirumah, tiba-tiba elektrik tiada. Tentu panik kan. lebih-lebih lagi diwaktu malam. Mesti kita rasa hantu yang buat..huhuhu

Yang pertama sekali, jangan salahkan hantu dulu dan jangan Panik..  

Ikut je sedikit panduan dibawah ni. Mana tahu boleh membantu.

Tenangkan diri dulu...

Pergi dekat DB board ataupun mainboard

Buka cover dan lihat jika ada main suis, ELCB atau MCB yang jatuh

Jika tidak ada yang jatuh...
Sila keluar dan lihat rumah jiran, rumahnya ada api ke tak....
Kalau rumah jiran ada api, lihat skrin meter TNB rumah kita....menyala atau ada nombor bacaan ke tak di skrin meter tu.
Jika tiada nombor pada skrin atau meter TNB tidak menyala. 

Antara sebab-sebabnya...
-Fius TNB putus
-Fius tiang ke rumah kita putus
Macam ni lah bentuk nya fius tiang tu. Bahasa standardnya black box. Dalam tu ada fius. Tapi jangan lah pulak tuan-tuan panjat tiang tu nak tukar fius. Panggil je TNB. Dia tak cas pun



Sila telefon TNB di 15454.
Ikut arahan dan tunggu sampai orang TNB datang. Nak panggil wireman rectify pun boleh. Tapi kena cas lah boh....

Dibawah ni tak ada kena mengena pun dengan tajuk diatas. Dengan rajin, saya tulis juga untuk pengetahuan tuan puan...

Jika main suis jatuh. Biasanya...
-kabel main suis atau kabel di fius TNB longgar atau kabel neutral link longgar
-main suis rosak
-kabel incoming dari meter TNB ke main suis short circuit antara kabel live dan kabel neutral

ELCB jatuh. Biasanya.....
-barang elektrik short dengan earth
-ballast lampu panjang terbakar
-kabel live short dengan kabel earth
-kabel neutral short dengan kabel earth
-ELCB rosak

MCB jatuh. Biasanya...
-kabel live dan kabel neutral dah short atau bahasa kampungnya litar pintas
-MCB rosak.

Cara nak betulkan dan solutionnya, saya ada tulis dalam entry lain dalam blog ni... 

Nanti blh lah tuan puan tengok entry nya ya.

Jika perlukan nasihat berkenaan masalah dan solution elektrik, boleh lah telefon atau wasap saya di 017-6704207. Nanti saya bantu.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...








Ulasan