Banyak rumah sekarang memasang alat untuk lampu hidup sendiri, supaya senang bila balik kampung atau pergi mana-mana,tak payah lagi nak suruh jiran tolong bukakan lampu bila malam.
Terdapat 2 jenis alat yang biasa dipasang dirumah atau bangunan dinegara kita ni.
1-photocell
2-24hrs timer
Entry kali ini hanya membincangkan berkenaan photocell sahaja. Manakala 24hrs timer, kita akan membincangkan, jika ada kesempatan dalam entry yang lain.
Terdapat banyak jenama photocell yang terdapat dipasaran. Antaranya adalah jenama selcon. Ramai wireman qualified menggunakan jenama ini (mungkin tahan lama kot). pun begitu, ada juga wireman-wireman diluar sana menggunakan jenama lain.
Untuk photocell jenama selcon ni, ada 2 jenis pula.........
1-kotak biru, 6A arus maksimanya. biasa dipasang untuk lampu lebih dari 3 biji (bergantung pada wireman yang memasang). Cuma, kalau boleh janganlah pasang lampu yang terlampau banyak. takut-takut arus untuk keseluruhan lampu tersebut melebihi dari nilai arus yang terdapat pada photocell tersebut. nanti cepatlah rosak photocell nya kalau terlebih arus.
Boleh lihat gambar dibawah. rated AC240 6A (AC240-voltan, 6A-arus maksima)

2-kotak hijau, 3A arus maksimanya. biasa dipasang untuk lampu kurang dari 3 biji. boleh lihat gambar dibawah. rated AC240 3A (AC240-voltan, 3A-arus maksima)
Didalam satu kotak ada 2 biji photocell. Kebiasaanya kedai jarang menjual 1 photocell sahaja.kerana harganya taklah mahal mana pun. 1 biji pasang dan 1 lagi boleh lah simpan buat spare kalu tak nak pasang yang satu lagi tu.
Bila dah keluar kotak, macam ni lah bentuknya
Ini pula jangan buang ya (gambar bawah). bukan saja-saja jepun letak dalam kotak ni. Ini untuk test lampu bila dah siap pasang dan dah siap wiring. Konon-konon nya macam malam lah gitu. nanti bila serkup photocell dengan plastik hitam ni, lebih kurang 1 minit, hidup lah dia. tak hidup juga, cuba check wiring atau mungkin salah sambung kabel pada photocell. Boleh lihat diagram cara wiring kat dalam kotak tu.
Ni ha... diagramnya. letak siap-siap kat sini untuk rujukan
cara sambungannya.
kabel merah pada photocell - supply dari DB atau dari suis,
kabel putih pada photocell - neutral,
kabel hitam pada photocell - ke lampu
Lebih tepat lagi, boleh lihat gambar dibawah. baru nampak jelas kan. tak jelas lagi, sila tanya wireman anda.
Bila dah siap wiring dan pemasangannya. pasang lah pvc box dan covernya sekali(sizenya 3x3). Barulah nampak kemas. Contohnya seperti dibawah
macam ni caranya pasang plastik hitam untuk test lampu (lihat gambar bawah). kalau tak hidup, sila gunakan tangan dan tutup hujung plastik hitam (kemungkinan cahaya masih boleh masuk jika tak tutup dengan tangan). tak hidup juga, check sambungan yang kita buat pada photocell. kemungkinan salah sambung. Mana tau terlebih teruja ke, sampai tak perasan kabelnya dah salah sambung
Begitulah serba sedikit cerita pasal photocell ni. harap-harap boleh lah D.I.Y sendiri cara pemasangan dan wiringnya. jangan lupa , OFF kan dulu supply. kan keras pulak kat atas tu. nak comform tekan je butang biru pada ELCB kilat. bila dah tendang ELCB tu, boleh lah buat dengan yakin. Selamat mencuba ya..
Satu lagi jemputlah like facebook saya ya di https://web.facebook.com/elektrikselangorKL/.
Baru semangat sikit nak buat entry baru
Ulasan