Sejak akhir-akhir ini, banyak
pengguna elektrik menukar mentol panjang/fluorescent lama kepada jenis LED.
Disamping ia senang dipasang, ia juga dapat menjimatkan penggunaan elektrik
selain maintenancenya lebih senang jika nak dibandingkan dengan lampu
fluorescent biasa.
Berbalik kepada tajuk diatas,
informasi yang nak saya kongsikan ini adalah pengetahuan yang penting untuk
diketahui oleh mereka yang boleh D.I.Y sendiri memasang lampu fluorescent LED
dirumah.
Selalu berlaku dan banyak saya terima
panggilan mengenai perkara ini. Beli mentol LED baru dan kemudian gantikan.
Buka suis, mentol tak hidup padahal masa test dekat kedai tadi, ia hidup atau
yang lebih teruk lagi, buka suis, terus trip satu rumah atau trip MCB. Bila
remove mentol LED daripada casing lampu tak trip pula.
Ada beberapa kemungkinan
1-Starter lama tak cabut. Jika tak cabut, samada lampu tak hidup atau MCB trip bila suis di on
1-Starter lama tak cabut. Jika tak cabut, samada lampu tak hidup atau MCB trip bila suis di on
Starter ini perlu dicabut dari lampu jika menggunakan mentol LED
* Kebanyakan sambungan ke ballast pada lampu lama tak perlu dicabut. Banyak brand lampu LED terkini tak perlu dibuka sambungan ballastnya. Test dulu, kalau tak hidup baru buka sambungannya
*Sesetengah brand lampu LED terutama stok lama-lama perlulah dibuang sambungan keballast. Jika tak buang, maka lampu tak dapat dihidupkan.
*Mentol LED PHILIPS perlu dipasang starternya sendiri (warna putih) jika mentol tersebut dipasang pada casing lampu panjang biasa. Jika starter tak pasang maka lampu tak hidup. Nak senang, beli dan pasang je mentol dan casing PHILIPS sekali. Ada jual kat kedai.
Starter PHILIPS LED- perlu dipasang pada casing lampu lama. Jika pakai
casing PHILIPS, tak perlu pakai starter ni
Starter PHILIPS LED disertakan bersama masa beli mentol PHILIPS
2-Perlu direct sambungan dari suis ke mentol (buka kedua-dua kabel pada choke/ballast lampu lama dan joint sekali/direct sambungan).
*Sambungan ke ballast dibuka dan cantum sekali samada menggunakan connector atau dibalut dengan pvc tape.
Lampu LED tak hidup adalah kerana choke lama dah putus. sebab tu kena buang 2 kabel pada connector choke dan sambung je terus. Jangan risau tak meletup pun.
Penyambungan kabel menggunakan pvc connector
Pvc tape yang biasa digunakan oleh wireman
3- Wiring dalam casing lampu
panjang/ fluorescent adalah tidak sama seperti wiring yang diperlukan oleh mentol
tersebut.
↑Wiring dalam lampu lama
Wiring untuk lampu LED murah, yang biasa kita pakai di rumah. Perhatikan kabel pada pin hanya ada satu dihujungnya. Jika mentol LED PHILIPS dipasang pada wiring lampu jenis ini maka ia takkan menyala
OLEH ITU SAYA SARANKAN, JIKA INGIN MEMBELI DAN MENUKAR LAMPU FLUORESCENT LED, BELI DAN PASANG CASINGNYA SEKALI. JIKA MENGGUNAKAN CASING LAMA, MASALAH DIATAS MUNGKIN TERJADI. CHECK DULU WIRING DALAM LAMPU BARULAH BUAT KEPUTUSAN
Perlukan bantuan dan nasihat secara percuma? Telefon/ wasap dan pertanyaan di 017-6704207 (jarang online jika tanya dalam internet)
Ulasan
This Light Set Dibuat Oleh Pengilang Dengan Teliti And Pre-Tested To Give You Complete Satisfaction. It Is Set Siri 'Tekan Masuk' And Will Not Light If Even One Bulb Terkeluar From Of Loose In Its Socket. Namun, Should One Bulb Tidak Menyala (But Masih In Its Socket) The Other Bulbs Will Continue To Light.
https://www.mudah.my/10+meter+led+lighting+round+shape+-78667762.htm#.XztxvoeEssA.link