5 SEBAB RUMAH BERBAU HANGIT DAN SESETENGAH BAHAGIAN DAN TEMPAT TIADA ELEKTRIK




Pernah tak rumah dan ofis anda berbau hangit, lampu malap seperti elektrik tak cukup, sesetengah bahagian dan tempat tiada elektrik dan ada kesan terbakar pada penutup DB.



Disini saya ingin berkongsi beberapa sebab kenapa masalah diatas terjadi.

1-Ada bahagian-bahagian tertentu dalam DB yang longgar, samada main suis, ELCB, MCB

2-Main suis, ELCB, MCB terlalu lama, 15 tahun keatas

3-kabel utama hangus dan putus

4-Fius putus dalam main suis atau fius putus pada DB kayu

5-Fius TNB putus. Jika rumah mempunyai bekalan 3 phase, satu atau 2 phasenya sudah putus

Solution
Untuk masalah no.1-ketatkan semua nut dalam DB, samada main suis, ELCB, MCB, terminal Neutral dan terminal earth

Untuk masalah no.2-Kebiasaan contact dan sesentuh tembaga dalam main suis @ ELCB @ MCB yang terlalu lama dan terdapatnya  arking dalam unit yang telah merosakkan contact tersebut.Solutionnya perlu tukar kepada yang baru


Untuk masalah no.3-Biasanya terjadi jika ada penambahan wiring dan beban yang banyak dan tiada penukaran incoming kabel dan kabel utama yang bersesuaian. Perlu panggil wireman competent untuk dia check, calculate saiz kabel yang sesuai  dan mengantikan  kabel tersebut

Untuk masalah no.4-Check fius dengan multimeter dan gantikan dengan fius yang baru. Kebiasaannya terdapat pada main suis lama dan fius dalam DB kayu. Adalah sangat berbahaya jika memasang helaian tembaga kabel bagi mengantikan fius tersebut.Ini kerana saiz helaian tembaga kabel yang besar dan boleh membawa arus elektrik yang tinggi kemungkinan boleh meyebabkan kabel ke load hangus dan terbakar  .

Untuk masalah no.5-Telefon TNB dan TNB akan datang mengantikan fius tersebut tanpa sebarang caj


*Semua perkara yang berlaku diatas perlulah diperiksa dan dibaiki dengan segera untuk mengelakkan masalah yang lebih besar. 

Jika cuba nak buat sendiri tapi tak memahami penyampaian saya diatas, boleh lah wasap atau telefon saya di 017-6704207 nanti saya guide kan melalui telefon.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...





Ulasan