KERJA ELEKTRIK YANG KAMI TELAH LAKSANAKAN-wiring tambahan untuk rumah baru

Menyediakan khidmat wiring, troubleshooting dan pemasangan elektrik satu fasa dan 3 fasa . Telefon di 011-3218 8836 Perkhidmatan merangkumi :-

wiring tambahan untuk unit rumah baru di Jenjarom, Selangor.

Saya membuat rumah customer ni dari rakannya yang recommend saya. rumah rakannya tu di kondominium di wangsa maju, juga dibuat oleh saya sebelum tu. Mungkin kerja yang saya buat menepati citarasa dan saya pula jenis yang tak berkira yang membuatkan rakannya dengan yakin mencadangkan saya untuk membuat rumah customer ni di Jenjarom.

Bezanya rumah ni teres 1 tingkat setengah. banyak point-point yang nak di alih dan nak kena tambah. Ini kerana developer hanya menyediakan beberapa point plug dan lampu sahaja. sesetengah bilik tidak ada point kipas. 

Jadi... Disini tugas kami menyedia dan menambahkan point elektrik mengikut kesesuaian dan kehendak tuan rumah supaya apabila pindah masuk nanti tak perlulah plan nak tambah point-point elektrik lagi.

Disini juga, saya attach gambar rumahnya yang dalam pengubahsuaian elektrik ni.

Pemasangan wiring yang tuan rumah nak adalah jenis wiring dalam paip dan ditanam dalam simen atau orang elektrik panggil conceal conduit. Jadi kami prepare dan hampar canvas biru putih dan alas di atas mozek/tile.


Hacking in progress, Tapi sebelum tu marking laluan yang nak dipasang dengan paip elektrik, kemudian potong dengan grinder, barulah di hack dinding melepasi paip elektrik yang nak ditanam. 
saya masih ingat ketika abis belajar di ILP (institut Latihan Perindustrian) dulu. awal 2000, kerja dengan kontraktor elektrik. jadi  zaman awal 2000 dulu, kalu nak buat hacking kena pakai pahat batu dan tukul, buat lorong dengan grinder, lepas tu ketuk dengan pahat batu. Penatnya....kalu sekarang saya masih guna pahat batu dan tukul, mungkin dah lama saya retire.
Masa tu, drill hanya digunakan untuk tebuk lubang sahaja. 
saya rasa, mungkin trend kontraktor masa tu yang tidak menggunakan drill untuk hacking, kerana bukan hanya kontraktor elektrik ni saja yang buat gini, kontraktor elektrik atau freelance lain pun menggunakan kaedah yang sama 


Pemasangan wiring dalam paip. Lepas tu, letak dalam lorong yang telah di hack tadi, tempek kan dengan compound putih supaya lekat tak jatuh
Diatas ni dapur, point cooker hod dan ada banyak plug tambahan 13A yang tuan rumah nak, developer bagi 2 plug. Tuan rumah nak 6 plug lagi. jadi kami buat seperti yang tuan rumah nak dengan litar elektrik kami tarik baru dari DB dekat ruang tamu. 

Kenapa?

Kerana dekat dapur banyak load yang nak dipakai-macam-maca-periuk nasi elektrik, kettle, oven, mikrovawe, mesin basuh, dryer, peti sejuk dan banyak lagi barang elektrik lain yang wattnya tinggi-tinggi

Andai saya tap supply dari soket terdekat, tak sampai setahun atau setahun lebih lepas siap wiring, biasanya, tuan rumah akan telefon, katanya .trip

Bila check, wiring dan rosak, overload. 

kebanyakan wireman yang tidak qualified atau nak senang kerja, mereka tarik supply dari plug terdekat saja, bila trip, lari

Pun begitu, ada juga tuan rumah yang minta ditarik supply atau looping dari plug terdekat, disebabkan kos nya lebih murah dan cepat siap kalu nak dibandingkan tarik supply dari DB.

Oleh itu, jika ada masalah trip, jangan salah kan wireman semata-mata ya. Muhasabah dulu diri sendiri kenapa boleh trip. Nak harga murah punya pasal, tak kisah siapa pun buat wiring, janji ongkosnya jangan mahal

Apa pun terpulang pada masing-masing, untuk saya, saya lebih tekankan wiring yang proper dan ikut spec di dapur kerana banyak kes trip dari sini.

Tempat lain pun ada juga, bilik tidur biasanya. wiring aircond, wiring water heater diambil dari plug 13A, source atau litar yang sama, pun banyak juga trip



Kerja-kerja plastering dinding sedang dibuat

Pemasangan wiring dalam paip pada slap/ konkrit. Tuan rumah dah cadang untuk pasang plaster siling dan lampu downlight. Jadi wiring disiling, kita buat surface conduit je lah. kalau nak conceal, kena hacking slap...

emmm.... Kalu hacking slap, bukan setakat kami je yang pengsan.. dengan tuan rumah sekali pengsan dengan kos hacking slap ni.... hahaha

Existing DB yang disediakan oleh developer. ya, tak cukup besar kalau ada banyak penambahan wiring dan litar elektrik.

Bila banyak point dan tambahan wiring maka banyak lah juga litar baru yang dibuat, Jika banyak sangat looping dari existing wiring, kemungkinan untuk kabel overload atau litar pintas tu tinggi.
Jadi bila banyak litar elektrik baru, maka banyaklah MCB yang nak dipasang Kalu pakai DB diatas, tak muat, solutionnya, tukar DB yang lebih besar




Pemasangan lampu, kipas dan alat elektrik lain tuan rumah nak pasang sendiri. Jadi kerja kami dah selesai

Menyediakan khidmat wiring, troubleshooting dan pemasangan elektrik satu fasa dan 3 fasa . Telefon di 011-3218 8836 Perkhidmatan merangkumi :-

*Semua pendawaian elektrik conceal, surface, dalam plaster siling, rumah dalam renovation, extend atau ubahsuai rumah,
-wiring baru/ Re-wiring/ penambahan wiring/alih wiring/ terminate point yang tidak digunakan
-wiring autogate, A/C,  water heater, solar, water pump
-wiring untuk outdoor, water pump, lampu taman, lampu pagar
-lain-lain wiring elektrik

*Pemasangan alat-alat elektrik-
-semua jenis lampu,chandelier,flood light, garden light, sensor, Lampu LED,
-plug , water heater, kipas, ekzos fan, wall fan, soket 13A, 15A
-Lain-lain alat elektrik

*Troubleshooting
-checking system wiring/ pemeriksaan litar pintas
-ELCB trip, DB sparking, Rumah separuh ada elektrik dan separuh tiada,  Main suis terbakar/ MCB tendang,
-Aksesori dalam DB-ELCB/ main suis/ MCB terbakar
-Semua masalah DB board

*DB board, SSB, MSB
-Pemasangan DB baru/ aksesori DB, alih DB ke tempat lain
-Pengantian DB lama kepada baru

Sebarang pertanyaan dan masalah, Jika tuan ingin membuatnya sendiri, kami akan bagi panduan dan nasihat samada dalam wiring, troubleshooting atau lain-lain kerja elektrik melalui telefon dan Jika tuan perlukan bantuan kami mengatasi masalah tuan, maka kami akan datang kesana.

hubungi kami ditalian:
Nusa Elektrik:-011-3218 8836

QUOTATION  DAN SITE VISIT ADALAH PERCUMA


Lawati kami di wiremankompeten.blogspot.com
Mengapa memilih kami
-Wireman yang kompeten, qualified dan bertauliah- ada wireman dan chargeman certificate dari
-Suruhanjaya Tenaga ( satu badan kerajaan yang yang endorse pekerja elektrik  )
-Pengalaman kerja elektrik dirumah baru, extend rumah, renovation/ dan ubahsuai rumah dan office, site projek, bangunan, kilang dan lain-lain lebih dari 10 tahun
-Mengamalkan kerja yang sistematik, menggunakan kabel yang disahkan SIRIM
Kekemasan dan finishing kerja yang terbaik
-Mengutamakan kehendak pengguna
-Pakar dalam troubleshooting elektrik samada 1 fasa@ 3 fasa
-Boleh memberi cadangan, nasihat, pandangan atau pertanyaan berkenaan elektrik

Telefon/ wasap/pertanyaan untuk FREE site visit dan quotation di 011-3218 8836 (jarang online jika tanya dalam internet)


Ulasan