KERJA ELEKTRIK YANG KAMI TELAH LAKSANAKAN-Tambah wiring dan pasang lampu kipas kedai dan ofis

Salah satu lot kedai di Bandar Saujana Putra yang telah kami siapkan

Pemasangan wiring tambahan secara surface conduit. lihat paip elektrik, kami spray color merah untuk samakan dengan dinding kedai. tak perasan kalau tengok sekali imbas. inisiatif kami sendiri spray paip tu supaya tidak nampak warna putih paip dan berserabut 

tambah wiring


Progress kerja sedang dijalankan. Semua kabel kabel kami gunakan adalah SIRIM approved. senang sahaja untuk melihat kabel yang ada SIRIM atau tiada. lihat cop, marking, tulisan  pada kabel tersebut yang biasanya dibuat oleh manufacturer. 

Sesetengah brand, ada juga tiada cop SIRIM pada kabel, walaupun sebenarnya manufacturer dah dapat SIRIM approval. Yang ni, kenalah check pada senarai website SIRIM. 
Boleh check dalam internet atau boleh juga check dalam website JKR atau EMAL (semua produk atau barang  wiring untuk tender kerajaan terdapat dalam EMAL ni dan semestinya mendapat kelulusan SIRIM juga.
wiring elektrik

Atau mereka yang lebih arif pasal kabel, boleh melihat@ merasa kabel elok atau tiada SIRIM dengan cara mematahkan kabel tersebut. Biasanya kabel SIRIM lebih keras@padat coppernya yang tebal@ copper yang kurang campurannya berbanding dengan kabel biasa 

Pemasangan wiring pada dek. Tuan kedainya seorang yang pandai dalam memaksimakan ruang kedai.

Fabrication menggunakan besi hollow untuk menampung barang-barang jualannya/stor simpanan ditingkat atas. manakala tingkat bawah untuk dijadikan ofis dan ruang menunngu customer.





Selalu kami amalkan, create satu working drawing untuk manage kan litar wiring, memudah kan kerja wiring dengan hanya merujuk pada drawing tanpa menggunakan ingatan semata-mata, kurang bertanya pada owner kedai dekat manan point-point nak dipasang disebabkan lupa@keliru dimana point elektrik nak dipasang mengikut kehendak owner kedai. 

walaupun sudah diberitahu masa site visit dulu  dan juga tiada point elektrik tertinggal semasa membuat wiring 


kami fabricate bracket untuk pemasangan 2x4 reflektor lamp untuk memaksimumkan penggunaan cahaya. Jika dipasang pada dinding, pencahayaannya kurang sampai kelantai. Jadi kami suggest pada tuan kedai untuk fabricate bracket untuk tujuan diatas dan beliau setuju. 
Jadi inilah hasilnya




Pemasangan suis besar Syneider Vivace. 





Pemasangan DB dan working plan menjadi rujukan kami semasa proses terminatian kabel, supaya litar elektrik yang dibuat tidak terbalik atau salah sambung pada MCB 




Jika ada sebarang pertanyaan, minta nasihat berkenaan elektrik, kami sedia membantu.


Antara kepakaran kami yang boleh dijadikan rujukan tuan-tuan:-
Wiring elektrik 1fasa @ 3fasa- wiring baru, tambahan, ubahsuai, alih point ketempat baru
Pemasangan semua lampu, kipas, soket, water heater @ lain-lain
Troubleshooting elektrik-DB berasap, sparking, separuh lampu, kipas, aircond @ lain-lain tidak berfungsi
Alih@ tukar@upgrade DB board, meter TNB ketempat baru
Pemasangan kabel networking, telefon

Mengapa memilih kami
Wireman yang kompeten dan qualified- ada wireman dan chargeman certificate dari
Suruhanjaya Tenaga ( satu badan kerajaan yang yang endorse pekerja elektrik )
Pengalaman kerja elektrik dirumah, office, site projek, bangunan, kilangdan lain-lain lebih dari 10 tahun
Mengamalkan kerja yang sistematik, menggunakan kabel atau material yang disahkan SIRIM
Kekemasan dan finishing kerja yang terbaik
Mengutamakan kehedak pengguna
Pakar dalam troubleshooting elektrik samada 1 fasa@ 3 fasa
Boleh memberi cadangan, nasihat, pandangan atau pertanyaan berkenaan elektrik


Telefon/ wasap/pertanyaan untuk FREE site visit dan quotation di 011-3218 8836 (jarang online jika tanya dalam internet) 


Ulasan